Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 8 )
Zara meletakkan papan selaju di atas jalan. Dia bercekak pinggang. Insiden tengah hari tadi memang tidak dapat dimaafkan. Mujur dia tidak terjatuh apabila cuba mengelak kucing yang tiba-tiba sahaja melintas dihadapannya ketika dia membelokkan skuer Ego miliknya, mahu memasuki pintu rumahnya. Oh ya, pembetulan, kucing itu tidak comel seperti yang diperkatakan Adam. Bagi Zara, kucing itu biasa sahaja. Suam-suam kuku.Adam mengeluarkan sapu tangan. Mengelap peluh di dahi. Cuaca hari itu terik. Adam tidak biasa berpanas begini. Pantas dia berpalin lantas meninggalkan Zara.
“Eh, awak hendak pergi mana? Kita belum habis berbincang.”
Adam menghela nafas. Daripada membuang masa bertekak dengan budak perempuan yang tiada langsung nilai sopan santun ini, lebih baik dia duduk di dalam rumah. Ada pendingin hawa.Dapat juag dia memujuk D-Raja yang entah-entah sudak terkencing di bawah sofa. Maklumlah, masih ketakutan. Ataupun membelek majalah GD, majalah fesyen kegemaran Adam.
“Tidak ada apa-apa yang perlu dibincangkan. Awak sepatutny abersyukur sebab saya sudah memaafkan awak.” Adam meninggalkan Zara yang menahan geram yang membuak-buak.Siapa Adan bin Muhammad yang kononya besar hati untuk memaafkannya?Cis!
Zara memandan dengan rasa meluat yang meluap-luap. Mengapalah nasibnya malang sungguh? Sudahlah berjirankan Munir bin Isa yang selekeh dan suka membuat bising. Kini, dapat pula jiran baru yang sangka dirinya bagus!Oh, bosannya! Ke mana perginya lelaki baik dalam dunia ini?Sudah pupuskah?
“Benci! Ish, apabila aku jumpa kucing dia, Aku gelek sampai mati. Padan muka! Nanti nangis 44 hari pun tak cukup!”
“Tapi… nanti aku pula yang masuk neraka sebab bunuh kucing! Ish… tak naklah! Tak apa, aku cari jalan lain kenakan mamat yang berlagak itu.”
Zara membuka pintu rumah. Hilang mood mahu menambah kemahirn bermain papan selaju.
“Apa yang dibebelkan seorang diri itu?” tegur Mak Da yang muncul daripada dapur.
Zara yang masam mencuka mengeluh. “Saya menyampah betul dengan jiran baru kita.”
“Kamu sudah berkenalan dengan mereka?”
Mak Da kelihatan teruja.
“Mak Da tidak pernah lagi nampak mereka. Sudah beberapa hari barang-barang dipungah tetapi tidak nampak pula tuan rumah.”
“Tidak rugi pun kalau tidak berkenalan dengan mereka,” jawab Zara acuh taidak acuh.
“Mengapa ini? Suara tuan puteri penuh kebencian namapknya?” Mak Da masih mahu mengusik.
Panjang muncung Zara. Dia memandang Mak Da. Dengan gaya kepoh, dia mula mengadu.
“Adakah patut dia marah saya? Kononya saya menyebabkan kucing dia trauma! Ish, patutnya saya marah dia. Kucing dia yang meluru kea rah saya. Mujur saya tidak terbabas atau terjatuh darip[ada skuter.”
Mak Da tersenyum melihat kesungguhan Zara bercerita. “Siapa?”
“Anak tuan rumah. Lebih kurang seusia dengan saya rasanya. Mak Da tahu nama kucing dia?”
Mak Da menggeleng. “Manalah Mak Da tahu, jumpa dia pun tak lagi.”
“D-raja. Ish, tolonglah! Tak mugkin kucing itu berketurunan raja. Sudahlah itu, dia sendiri mengaku diri sendiri berketurunan raja.”
Mak Da ketawa kecil. “Mungkin dia spesies kamu?”
Zara mencebik. Faham maksud Mak Da. Yalah, dia pun sama, berangan jadi anak raja. Hmm… jadi dia tidak patut kutuk budak lelaki itu. Bukankah mereka berkongsi anagn-angan yang sama?
“Kami dari sepsis yang sama? Ish, tolonglah! Tak sesuai! Dia tu budak skema yang sangka bagus.”
“Kamu?” Mak Da tersenyum.
Cerita Terkait Lainnya ....
0 comments:
Post a Comment