AD (728x90)

Saturday, March 28, 2015

Kisah Teladan - Manusia Menjadi Labi-labi

Share it Please
Inilah Kisah Teladan Tentang Haiwan (*Manusia Menjadi Labi-labi) Iyalah Kisah Untuk Anak Anak Isalam dan Kanak kanak Yang Durhaka
Labu baru berkahwin. Dia dan isterinya masih remaja.
Labu dan isterinya mendirikan rumah di kaki bukit. Di situ ada banyak tasik kecil."Mek, hari ini abang nak mengail. Mana tahu, dapat ikan besar," kata Labu kepada isterinya pada suatu hari.

Labu memilih tasik di kaki bukit. Sampai di pinggir tasik,dia duduk. Labu mencampakkan mata kail dan terus berangan-angan. Dia membayangkan ikan besar menelan umpan kailnya.

Waktu berlalu dan umpannya sentiasa habis dan asyik berganti. Apabila senja, Labu pun pulang ke rumah. Esoknya Labu pergi mengail lagi.

Sudah masuk hari ketiga Labu mengail. Tidak semena-mena mata kailnya diragut. Labu terus menariknya. Muncullah seekor labi-labi.Labu menariknya  ke darat. Terkelip-kelip mata labi-labi itu.

"Wahai Labu, lepaskanlah aku. Aku akan tolong engkau," kata labi-labi itu.

"Bohong! Sudah tiga hari aku kecewa," kata Labu.

Labu marah dan dia mencencang labi-labi itu dengan parang. Matilah labi-labi itu.

Tidak lama kemudian Labu terasa tubuhnya panas. Dia turun berendam di dalam air tasik. Tiba-tiba, Labu terasa tubuhnya berubah. Tangan, badan dan kakinya bertukar menjadi labi-labi. Namun kepalanya tidak berubah.

Dia melaung memanggil isterinya. Alangkah terkejutnya si isteri kerana si suami telah menjadi labi-labi berkepala manusia. Dia jijik melihat suaminya begitu. Dia terus lari ke dalam hutan. Tinggallah Labu di situ bersendirian.

Dia insaf akan perbuatan khianatnya.Sepatutnya dia tidak menganiyai labi-labi itu.


BACA JUGA
 

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism