AD (728x90)

Saturday, March 28, 2015

Inilah cerita knk2 - Puteri Salji Dengan Tujuh Orang Kerdil

Share it Please
Puteri Salji Dengan Tujuh Orang Kerdil
Puteri Salji tinggal di istana bersama ibu tirinya yang cantik. Semakin bertambah dewasa, Puteri Salju semakin cantik. Kulitnya putih bak salji, rambutnya lembut bak sutera dan bibirnya merah seperti bunga mawar.
 
Ibu tirinya seorang yang sombong. Setiap hari dia akan berdiri di depan cermin ajaibnya sambil bertanya, "wahai cermin, siapakah perempuan tercantik?" Cermin itu menjawab, "Permaisurilah orangnya!" Permaisuri berasa gembira.

Menawannya Si Puteri

   Keesokan harinya, apabila dia bertanya solan yang sama, cermin itu menjawab, "Puteri Salji ialah wanota tercantik!" Permaisuri amat marah mendengar jawapan itu. Permaisuri segera menyuruh pengawal istana membawa Puteri Salji ke hutan dan meninggalkannya di sana. Pengawal pun membawa puteri kedalam hutan.
Ketika Puteri Salji leka bermain, pengawal itu meniggalkannya di situ dan kembali ke istana. Apabila menyedari dirinya keseorangan, Puteri Salji berasa amat takut. Dia mula menangis. Tidak lama kemudian, Puteri Salji berasa letih dan terus tertidur. Apabila terjaga, dia mendapati tujuh orang orang kerdil mengelilinginya. Mereka kelihatan baik dan ramah.

  Selepas mendengar cerita Puteri Salji, tujuh orang kerdil itu mempelawa puteri tinggal bersama-sama mereka di pondok. Puteri Salji berasa gembira tinggal bersama-sama tujuh orang kerdil itu. Ketika mereka pergi bekerja, dia akan mengemas rumah dan memasak untuk mereka.

   Setiap hari, sebeum tujuh orang pergi bekerja, mereka akan berpesan kepada Puteri Salji,"Waspada, ibu tirimu mungkin akan datang mengganggumu sekiranya dia tahu kamu masih hidup!"


   Di istana, cermin ajaib mengulangi jawapannya, "Puteri Salji masih wanita tercantik!" Permaisuri yang marah segera menyamar sebagai perempuan tua dan membawa buah epal beracun ke pondok tujuh orang kerdil itu. Dia memberikan epal itu kepada Puteri Salji. Sebaik sahaja puteri menggigitnya, dia terus pengsan. Permaisuri segera pulang sambil ketawa. "Puteri Salji sudah mati!" Kini akulah perempuan tercantik!" katanya.

   Tujuh orang kerdil amat terkejut dan sedih melihat Puteri Salji pengsan.Oleh sebab mereka menyayanginya,mereka membuat sebuah keranda cermin dan meletakkan Puteri Salji di dalamnya.Mereka meletakkan keranda itu di luar pondok agar semua orang dapat melihat kecantikkan tuan puteri.

   Kesesokan harinya, seorang putera lalu di situ. Dia terpandang Puteri Salji dan terus jatuh cinta kepada tuan puteri. Dia membuka penutup keranda itu alu mencium pipi Puteri Salji. Cuiman itu serta-merta menghapuskan kuasa jahat permaisuri. Puteri Salji bangun perlahan-lahan. Tujuh orang kerdil berasa amat gembira. Putera raja melamar Puteri Salji berkahwin dengannya. Mereka hidup bahagia selama-lamanya.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism