Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 9 )
Zara mendada.“Saya puteri raja yang memang bagus!” Tawa mereka bersatu. Zara masih dalam angan-angan yang sama. Dalam senyuman, terselit hati terkilan Mak Da. Adakah Zara berhajat sangat hendak menjadi anak raja?
“Apa yang Mak Da menungkan?”
“Tak ada apa-apa. Cuma Mak Da terfikir, mengapalah kamu bersungguh-sungguh hendak menjadi anak raja?”
Zara ketawa mendengar soalan Mak Da. “Sebab pengaruh filem dan drama. Macam seronok jadi anak raja. Kaya, tinggal di dalam istana.”
Zara tersengih.
Mak Da menggeleng.
“Ia tak semudah yang kamu fikirkan.”
“Maksud Mak Da?”
“Kadangkala apa yang kita lihat itu tidak mengambarkan hakikat sebenar.”
Alamak, Mak Da mula berfalsalfah. Zara perlu mencari jalan menyelamatkan diri. Nanti panjang syarahan Mak Da.
“Er… saya nak naik atas. Sya tak solat asar lagi.”
“Baiklah tuan puteri, patik pun mahu ke bilik. Beristirahat.”
“Silakan Dayang.”
Zara tersengih menaiki tangga. Sambil itu, dia menyanyi kecil, lagu Bagaikan Puteri lagu lama nyanyian Fara yang diminatinya. Maklumlah, sesuai dengan angan-angannya yang satu itu.
(*Jika dunia
Aku yang punya
Akan kudirikan
Sebuah syurga
Malam tanpa siang
Untukku bermimpi
Sepanjang masa
Tanpa kecewa
Bertemankan bintang yang setia
Bagaikan puteri
Kisah khayalan
Yang hidupnya suci dan sempurna….)
Mak Da hyanya menggeleng memerhati Tingkah Zara. Memnag tidak disangkal lagi, berangan-angan ialah kepakaran Zara binti Muhammad.
“Puan patut berterus terang.”
“Belum masanya.”
“Sampai bila? Kasihan saya tengok dia.”
Puan Kamilia mengeluh. “Kami dah berbincang. Kami mahu menunggu masa yang sesuai. Lagipun, mereka dah pun datang. Biarlah dia kenal mereka dahulu.”
Mak Da menggangguk perlahan. “Mungkin dia gembira. Lagipun, bukankah itu impiannya selama ini.”
Puan Kamilia tersenyum. Tawar. “Entahlah… Kadangkala apa yang kita mahu belum tentu buat kita gembira. Saya bimbang dia salahkan saya dan membenci saya apbila tahu hakikat sebenar.”
“Puan orang paling penting dalam hidup dia. Tidak mungkin dia benci puan.”
“Harapnya begitulah.” Puan kamilia merenung jauh. Selama ini, dia sengaja melewat-lewatkan masa. Malah, pernah dia terfikir mahu menyimpan rahsia itu selama-lamanya. Tetapi, hatinya tidak tenang. Rasa bersalah. Mungkin inilah masa yang sesuai.
“Mama dan Mak Da bercakap fasal apa? Saya tak fahamlah.” Zara menggosok mata. Muncul tiba-tiba.
Puan kamilia dan Mak Da tersentak. “Kamu buat apa?”
“Hendak ambil air. Tadi sebelum tidur lupa isi air di dalam botol air. Dah habis.” Menjadi kebiasaan Zara bangun di tengah malam, kehausan.
Cerita Terkait Lainnya ....
0 comments:
Post a Comment