AD (728x90)

Saturday, March 28, 2015

Burung Tiung Menyelamatkan Tikus

Share it Please
Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Burung Tiung Menyelamatkan Tikus)
Pada suatu hari, Michael iaitu seekor tikus berjalan-jalan di dalam hutan. Ia dalam perjalanan pulang ke rumahnya. 

Ia berjalan sambil menyanyi-nyanyi riang. Michael tidak menyedariyang Larry sedang memerhatikannya. 

Larry ialah seekor kucing. Ia sedang bersembunyi di sebalik pokok. Larry ingin menangkap Michael. Ia ada idea untuk memerangkap Michael . 

Larry berbaring di atas jalan yang akan dilalui oleh Michael. Ia berpura-pura mati. Ketika itu, Mary iaitu seekor burung tiung sedang berehat di atas dahan berhampiran tempat itu. 

Dari situ ia melihat tikus dan kucing itu. “Aku mesti beri amaran kepada Michael,” kata Mary.
Michael tidak menyedari bahaya yang sedang menantinya. 

Ia terus berjalan dengan riangnya. Ia semakin menghampiri ‘bangkai’ kucing itu. Tiba-tiba Mary muncul. “Berhenti! Jangan hampiri kucing itu!” kata Mary. “Kenapa?” Tanya Michael dengan hairan.

“Ia sedang menunggu untuk membaham kamu!” kata Mary lagi. “Mana mungkin! Kucing itu sudah mati!” kata Michael. “Ia hanya berpura-pura mati,” kata Mary. “Saya akan buktikannya,” Kemudia Mary menjerit, “Hei, kucing yang mati itu, buka mulut kamu sekarang!” Larry segera membuka mulutnya. 

Ia menyangka tikus itu sudah menghampirinya. “Betul cakap awak. Terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa saya,” kata Michael.


Kisah dan Cerita Lainnya....

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism