Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 5 )
Petang itu, Zara duduk bersama mamanya di buaian. Mereka berbual sambil makan buah. Begitulah kegemaran Puan Kamilia apabila ada kelapangan. Duduk di buaian di laman rumah, berbual dengan anak perempuan tunggalnya.“Apa kamu buat sepanjang hari ini?”
“Makan, tidur dan tengok televisyen . Zara tersengih.
“Bila agaknya anak mama hendak beri jawapan yang sedikit berbeza? Tadi kata nak tolong Mak Da masak? Tipu mama ya?”
“Oh, ada! Lupa pula. Hari ini saya tolong Mak Da masak makan malam,” dengan bangga Zara memberitahu.
“Serius?”
Zara menggangguk. “Saya tolong petik daun kunyit dan limau. Mak Da hendak guna masak asm pedas tadi.”
“Lagi?”
“itu sahajalah, yang lain Mak DA uruskan.” Zara menyuap hirisan mangga ke dalam mulutnya.
“Setakat petik daun tidak layak dilabel sebagai tolong memasak.”
“Mama, walaupun itu hanya sumbangan kecil tetapi bermakna.
Cuba mama bayangkan, tanpa daun kunyit dan daun limau, tentu asam pedas Mak Da tidak sedap.Itu elemen penting. Jadi, dianggap tolong memasaklah.” Tanpa rasa bersalah dan dalam senyuma Zara meluahkannya. Dia menyuap lagi satu hirisan mangga. Sedap pula mangga yang diberikan oleh Munir Bin Isa.
Walaupun Zara pada mulanya mahu boikot, tidak mahu menjamah walaupun sedikit apabila mengetahui yang mangga itu diberikan oleh jiran yang juga musuh ketatnya, tetapi akhirnya dia kalah pada nafsunya. Sudah dua biji dia makan seorang. Mungkinkah Munir Bin Isa sudah membuat sesuatu hinggakan mangga itu terasa begitu sedap?
Puan Kamilia tersenyum, geleng kepala melihat Zara yang memang pandai member 1001 alasan. “Alahai, anak siapalah kamu ini.”
“Anak siapa lagi? Anak mamalah! Ataupun anak raja? Mama, lebih baik mama berterus ternag, saya puteri raja mana, mama? Mama cakap sajalah, saya janji tidak marah. Saya bersedia menerima walau apa pun rahsia sebenar.” Zara mengenggam tangan Puan Kamilia. Bersungguh-sungguh dia meluahkan.
Sesaat, dua saat berlalu… Bulat mata Zara. Bersinar-sinar. Menanti jawapan Puan Kamilia.
“Zara….”
“Yes, mama. I’m listening….” Penuh mengharap. Matanya semakin bulat bersinar. Ada keyakinan yang mula terbit. Senyumannya melebar, menunggu jawapannya yang bakal mengubah hidupnya!Oh, mungkinkah ini titik permulaan baru dalam hidupnya? Mungkinkah impiannya akan menjadi kenyataan?
Puan Kamilia memegang kedua-dua belah bahu Zara. Digoncang perlahan. Terkejut Zara dibuatnya. “Berhentilah berangan-angan Zara. Penat mama tengok. Kamu tak rasa penat? Tak bosan?” Dikuti tawa kecil.
Zara muncung. Keluhan kecil diluahkan. “Hendak berangan sedikit pun tak dapat.” Kemudian perlahan-lahan, dia ketawa. “Yalah, saya terima hakikat. Saya rakyat biasa. Jangankan anak raja, kerabat raja pun tidak, bau-bau bacang dengan keluarga diraja pun tidak!”
Puan Kamilia ketawa kecil melihat muncung Zara. “Kamu bukan orang biasa. Kamu sangat istimewa sebab kamu puteri mama.” Dia memeluk bahu Zara.
Zara tersenyum. “Yang itu lebih sedap didengar.” Mereka sama-sama ketawa.
Bunyi kenderaan berhenti menarik perhatian mereka. Pandangan mereka kini menghala kea rah bunyi itu.
“Kamu Nampak apa yang mama nampak?”
“Nampak. Lori. Jadi?”
“Kita ada jiran baru.”
“Dan?”
“Kamu tidak mahu tahu siapa jiran baru kita?”
“Sejak bila mama kisah dengan jiran kita?” Pelik Zara dibuatnya. Bukan cara Puan Kamilia mengambil tahu urusan orang lain.
“Mengapa kamu cakap begitu? Selama ini pun mama bergaul dengan jiran kita.”
“Mama bergaul dengan jiran kita?” Zara mencebik. Zara antisocial. Mamanya pula? Terlebih-lebih antisosial. Bukankah Zara mewarisi sikap mamanya? Pendek kata keluarga kecil mereka memang antisocial!
“Yalah.”
Mama tahu nama jiran sebelah kita?”
“Tentulah mama tahu. Encik Mikail dan isterinya, Puan Jamaiyah bersama dua orang anak mereka.”
“Betul.” Zara mengangguk.
Puan Kamilia tersenyum. “I told you.”
“Tetapi, itu sebelum tiga bulan lepas. Buat pengetahuan mama, Encik Mikail dan keluarganya sekarang mungkin sedang bermain salji di United Kingdom.
Mereka berpindah kerana Encik Mikail melanjutkan pelajaran di sana.Sekarang, rumah itu didiami oleh adik sepupu Encik Mikail yang bernama Munir Bin Isa yang kononya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya pun tak pasti sebab dia tak menampakkan cirri pelajar.
Selekeh dan suka melepak. Munir Bin Isa selalu memekak, bermain dram, perasaan bagus dan menggelar dirinya king of drum. Mak Da suka member Munir makanan sebab katanya Munir budak baik dan bersopan.
Seadngkan saya tidak namapka walau sekecil hama pun kebaikan dalam diri Munir. Menyampah betul!” Zara mengambil kesempatan meluahkan rasa tidak sukanya kepada Munir.
“Okay, point taken! Tidak payahlah ulas panjang lebar.” Puan Kamilia menggeleng. Ada-ada sahaja Zara. Semua orang pun dibuat musuh.
“Mama kata mama bergaul dengan jiran jiran kita tetapi nampaknya banyak yang mama tidak tahu.”
“Beginilah, kita anggap mam hendak berubah. Berubah ke arah kebaikan.” Puan Kamilia tersenyum lalu memasukkan sebiji anggur ke dalam mulutnya.
“Apa yang mama mahu buat?”
“Mama mahu jemput jiran baru makan malam di rumah kita.”
Zara ketawa.
“Kamu tidak percaya?”
“Mama rasa?”
“Tunggu dan lihat.” Puan Kamilia tersenyum memandang rumah di depan rumahnya.
Zara yang mulutnya penuh dengan mangga memandang penuh curiga. Kemudian pandangannya juga beralihke rumah berhadapan dengan rumah mereka.Beberapa pekerja sedang memunggah masuk barang-barang ke dalam rumah itu.
Banyak juga barangnya. Siapa penghguni rumah itu? Janganlah seperti Munir Bin Isa. Benci betul! Zara mencemik.
0 comments:
Post a Comment