AD (728x90)

Saturday, March 28, 2015

Puteri Zara - Episode 6

Share it Please
Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 6)
“Hai, saya jiran baru awak.”
Zara memandang seketika. Kemudian terus meluncur dengan papan selaju atau skateboard. Kaki kananya berada di atas deck atau papan, manakala kaki sebelah kiri digunakan memacu tenaga bagi menggerakkan papan selaju. Papan selaju meluncur laju.Seketika, apabila menuruni jalan yang sedikit berbukit itu, kedua-dua belah kaki Zara berada di atas papan selaju. Papan selaju meluncur laju.

Kelihatan seperti hebat, bukan? Jangan terpedaya dengan gaya Zara yang lengkap dengan topi keledar kasut khas untuk skater yang tahan geseran dan mempunyai tapak yang dinamik bagi mencengkam papan dan pad pelindung yang dipakai di siku dan lutut sebagai langkah keselamatan. Memang dia kelihatan bersungguh-sungguh, seperti tahu trick yang sukar dan berbahaya. Hakikatnya Zara tidaklah mahir bermain papan selaju.

Tetapi, biasalah, perlulah berlagak pandai. Padahal, dalam hati, bimbang juga kalau tergelincir ataupun hilang kawalan.
Budak lelaki itu berlari anak, cuba bersaing dengan Zara.

“Awak dengar ataupun tidak?”
Luncuran papan selaju diberhentikan. Menggunakan hujung kaki, Zara menolak ke atas papan selaju lalu tangannya pantas mencapai. Huh. Mujur aksinya Berjaya. Tidak sia-sia Zara berlagak. Dia segera berpaling memandang budak lelaki itu.

“Dengar. Awak jiran baru saya. Jadi?” Suaranya kedengaran angkuh.
“Awak tidak rasa mahu bertegur sapa dengan jiran baru awak?”
“Perlukah?”Sebenarnya Zara tidaklah sombong. 

Apatah lagi dengan orang yang tidak dikenalinya. Lebih-lebih lagi lelaki. Bukan apa, lelaki selalunya dikaitkan dengan perkataan miang atau gatal. Zara tidak ada masa mahu melayan kegatalan mereka. Bukan gaya dia..
“Yalah. Bukankah sesame jiran perlu bertegur sapa?”
“Hai, jiran baru. Okey, sesi bertegur sapa sudah selesai. Boleh saya pergi?”
“Awak tahu siapa saya?” Suara budak lelaki itu meninggi. 

Mulai keras. Benggang dengan Zara yang terlebih sombong. Manalah saya tahu. Ini baru kali pertama kita bertemu. Lagipun awak bukannya orang penting yang saya perlu ambil tahu.”
Adakah budak lelaki ini cuba berkenalan dengan Zara? Oh, tolonglah! Zara tidak minat semua itu.
Merah muka budak lelaki itu. Apa dia ingat dia menarik sangat sampai membuak-buak rasa hendak berkenalan? Tolong sedikit ya! Dia menegur budak perempuan itu bersebab. Budak perempuan ini yang cepat sangat membuat kesimpulan.
“Jaga bahasa awak apabila bercakap dengan putera mahkota. Jangan biadap.” Keras dan tegas teguran itu.

“Putera mahkota?Siapa?Awak?” Zara ketawa. Gila agaknya mamat di depannya ini?
“Saya serius.” Memang mukanya menggambarkan yang dia serius.
Biar betul puter mahkota Negara mana pula yang tersest di Bandar Baru Bangi ini? Ish...tidak sesuai betul lawak mamat ini!
“Saya ingatkan saya seorang sahaja yang berangan-angan hendak menjadi puteri, rupa-rupanya ada juga orang lain yang berangan sama. Sudahlah….” Zara ketawa mengekek.


Cerita Terkait Lainnya ....

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism