Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 4 )
Tiba-tiba sahaja Mia mendapat tahu yang dia puteri raja ketika hari jadi yang ke-16. Padahal selama ini, dia menjalani hidupsebagai orang biasa. Malah ibunya tidak pernah memberi sebarangpetunjuk yang dia adalah puteri raja! Sekiranya hakikat itu terjadi kepada Mia Thermopolis, mengapa tidak kepada Zara? Ya, Zara yakin, kebangkalian tetap ada. Walaupun tidak tinggi, tetapi tetap ada!Lagipun, tiada yang mustahil dalam dunia. Okey, memang diakui, Zara tidak cantik sangat. Tetapi, rasanya bukan semua puteri raja cantik, bukan? Sedangkan Princess Mia dalam Princess Diaries pun tidak cantik. Jadi apa salahnya Zara menjadi puteri raja yang kurang cantik? Lagipun, apabila sudah berpakaian mahal, tampil bergaya, orang biasa-biasa pun Nampak menarik. Jadi, isu itu bukan masaalah besar.
Ketukan pintu mengejutkan Zara.
“Zara, makanan tengahari sudah siap.”
“Okey Mak Da, sekejap lagi saya turun.”
Tengok, tidak perlu menjadi puteri raja pun, perangai Zara mengalahkan puteri raja! Bangun lamabt, makan berhidang. Huh….
“hari ini ada program apa tuan puteri?” Mak Da bertanya sambil menyenduk nasi Zara.
“Beta tidak pasti lagi. Mungkin menonton drama Princess Hours.” Zara tersenyum sebelum mula menyuapkan makanan. Puan Kamilia dan Mak Da sedia maklum dengan mimpi Zara yang satu itu. Mimpi bergelar puteri raja. Sebab itu, ada masanya mereka bergurau, berlakon seolah-olah Zara memang puteri raja. Zara tentunya menyambut baik gurauan itu.
“Tuan puteri sudah baca doa?”
“Ops, lupa pula beta.” Segera dia membaca doa. Ya, Zara memang begitu apabila menghadap makanan. Mak Da hanya menggeleng. Sudah masak dengan perangai Zara.
“Mama ke mana?”
“Bukankah mama kamu kerja?”
“Oh, lupa.” Zara tersengih. Mama Zara memiliki sebuah butik pakaian.
Malangnya, Zara tidak dianugerahkan minat yang sama. Jarang dia membantu mamanya di butik itu.
“Kamu tidak tolong mama?” Mak Da makan bersama Zara.
Zara tersengih. “Sedap Mak Da masak hari ini.”
“Rasanya setiap hari pun Mak Da masak sedap.”
Zara ketawa. Ya, tidak perlu kata pujian, Mak Da memang memiliki keyakinan yang tinggi kepada skill memasak yang dimilikinya.
“Kamu tidak tolong mama?” Mak Da makan bersama Zara.
Zara tersengih. “Sedap Mak Da masak hari ini.”
“Rasanya setiap hari pun Mak Da masak sedap.”
Zara ketawa. Ya, tidak perlu kata pujian, Mak Da memang memiliki keyakinan yang tinggi kepada skill memasak yang dimilikinya.
“Mama esan suruh kamu ke butik. Cuti begini, sekali-sekala cubalah bantu mama kamu.”
Zara terus makan tanpa member sebarang reaksi. Sesungguhnya Zara memang tidak berminat menghabiskan masa menghadap baju-baju cantik di butik. Okey, bukanlah dia perlu buat apa-apa pun. Sekadar duduk goyang kaki. Sekiranya ada pelanggan pun, bukannya dia perlu layan. Mama ada dua orang pembantu. Lagipun, dia tidak dianugerahkan kemahiran beramah mesra dengan orang asing. Jadi, bagaimana mahu menjadi jurujual yang bijak mengambil hati pelanggan?
Menolong menggosok pakaian? Zara pernah membantu membuat lubang besar pada sehelai baju sutera yang berharga RM350. Sejak itu, Zara membuat keputusan menggosok pakaian bukan kemahirannya. Jadi, daripada dia menghabiskan masa di butik itu, lebih baik dia duduk di rumah.
Saya rasa lebih baik saya bantu Mak Da di rumah.”
“Seperti?”
Sungguh sinis soalan Mak Da. Zara faham benar. Yalah, menolong Mak Da juga bukan kemahirannya. “Tolong Mak DA masak ataupun kemaskan rumah.” Zara yakin jawapannya hanya buat Mak Da ketawa.
“Alasan yang sungguh mencurigakan.” Mak Da tergelak. Hah, betul pun! Bukan Zara tidak tahu Mak Da bangun awal bagi membersihkan rumah. Memasak? Hmm… sukar mahu percaya Zara berminat menolong di dapur.
“Saya anggap Mak Da setuju. Nanti saya telefon beritahu mama.” Zara membuat keputusan bagi pihak Mak Da.
“Pandailah kamu! Babitkan Mak Da pula.”
Zara terus tersengih. “Boleh ya? Sayang Mak Da!”
Mak Da hanya ketawa meleret.
Cerita Terkait Lainnya ....
0 comments:
Post a Comment