AD (728x90)

Saturday, March 28, 2015

Puteri Zara - Episode 3

Share it Please
Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 3 )
Malangnya, tiada siapa pun yang mempedulikan jeritan Zara. Waima pemandu dan pengiringnya. Semua seakan-akan diserang histeria, mahu menerkam Munir Bin Isa. Tidak mungkin ini berlaku! Katakanlah semua ini hanya mimpi ngeri! Tidak!

Mengapa pula tiba-tiba sahaja popularity Munir Bin Isa melebihinya? Ini sudah melampau! Munir Bin Isa tidak layak medapat perhatian itu! Dia hanya rakyat biasa! Diulangi, rakyat biasa! Bukannya seperti Zara. Zara puteri raja! Bukannya Munir! Dia yang sepatutnya dikeremuni! Dia yang sepatutnya dikagumi! Oh, Munir memang kejam. Cuba merampas saat indah yang sepatutnya menjadi milik Zara. Zara benci Munir Bin Isa! Benci!

Terbeliak mata Zara. Nafasnya terasa kencang. Aduh, mimpi? Sakit kepala Zara dibuatnya. Mimpi yang indah bertukar ngeri. Sayup kedengaran pukulan dram dari rumah sebelah. 

Siapa lagi sekiranya bukan Munir Bin Isa.
“Woi, diamlah! Pagi-pagi buta sudah memekak!” jerit Zara sekuat mungkin, cuba mengatasi kebisingan bunyi dram.

Seketika suasana jadi sepi. Zara tersenyum. Puas hati. Dia kembali menarik selimut.
“Pagi apa pula! Sudah tengah hari. Anak raja mana pula yang tak bangun lagi ni?” Suara dari rumah sebelah membalas. Pukulan dram bersambung. Zara mendengus, menarik selimut menutup kepalanya. Benci!

Zara mendengus. Kepalanya masih sakit. Tidurnya ternganggu kerana jiran yang menjengkelkan. Mimpi indahnya berkecai kerana jiran yang memang pakar dalam soal menyakitkan hati orang. 

Biarpun Munir Bin Isa sudah lama berhenti bermain dram, dia masih ternganggu. Bunyi dram terasa berdengung-dengung. Nyaring dan membingitkan telinganya. Mood Zara nyataberjaya dicalarkan oleh Munir Bin Isa. Hilang keceriaan pagi. Pembetulan, tengah hari.

Disebabkan tidak tahan, tepat pukul 12 tengah hari, 14 minit dan 13 saat, Zara bangun, menonong ke bil;ik air. Tidak tergamak melihat dirinya di dalam cermin. 

Dia pernah dengar orang kata, bagi menilai kecantikan seseorang, lihat rupa orang itu semasa dia bangun pagi. Sekiranya dia kelihatan cantik walaupun dalam keadaan kusut-masai kerana baru bangun tidur, maka dia memang selayaknya diiktiraf cantik. Zara tidak berani menguji dirinya. 

Biarlah dia kekal menganggap dirinya cantik persis puteri raja.
Di dalam bilik air, Zara mencuci muka dan menggosok gigi. Hanya selepas itu, barulah dia berani melihat mukanya di cermin. Dia tersenyum. Puteri Zara. Hari ini dia mahu berlama di dalam bilik air. Mahu menghilangkan stress akibat gangguan Munir Bin Isa. 

Zara merancang harinya. Hari ini hari kelima cuti sekolah. Sesungguhnya Zara tidak mepunyai aktiviti lain melainkan belajar seorang diri, bermain skateboard atau papan selaju, menonton drama Korea kegemarannya, membaca atau menghabiskan masa bersama mama. Begitulah kehidupan Zara. Serba ringkas.

Oh, sekiranya rajin, dia mengulang kaji pelajaran. Itu pun selepas dileteri mama. Jangan bimbang, Zara pelajar cemerlang. Walaupun tidak rajin, dia focus di dalam kelas.

Kawan baik? Ya, Zara tidak ada kawan baik. Hanya rakan-rakan sekelas tetapi tiada yang rapat. Zara pun tidak pasti. Munkin kerana kebiasaan yang dipupuk mama membuatkan dia terbiasa tidak ada kawan.

Sejak kecil mama seakan-akan mengongkong hidupnya. Mama tidak membenarkan dia berkawan sewenang-wenangnya. Pernah dia teruk dimarahi kerana mengikut kawan ke rumah. Waktu itu diadarjah tiga. Dia leka bermain di rumah rakan sehingga lupa masa sudah lewat petang. Kebetulan ibu bapa kawannya belum pulang. Hanya ada pembantu rumah yang dipanggil bibik. Maka mereka terus leka bermain set patung Barbie. Rupa-rupanya pada masa yang sama, mama berkeliaran mencarinya sekitar taman, menyangka dia diculik.

Sejak itu, Zara tidak berani ke rumah kawannya. Lalu kehidupannya hanya berkisar di sekolah dan rumah. Keluar jalan-jalan pun hanya dengan mama, Mak Da ataupun sendirian. Dia lebih selesa begitu. Lagi pula, apabila menginjak remaja, zara sudah tidak berminat pada Barbie mahupun kosmetik. Zara lebih suka skuter dan terbaru, papan selaju. Jadi, tidak sesuai pula mahu berngandingan dengan rakan-rakan sekelasnya yang rata-rata persis model dan feminin.

Namun di sebalik sikap lasaknya, ada sesuatu yang masih menjadi mimipi Zara. Dia selalu berangan-angan yang dia sebenarnya berketurunan raja. Puteri raja yang mewarisi sebuah kerajaan. Zara tersenyum. Semua ini sudah diangan-angankan sejak kecil. Malah, filem Princess Diaries menguatkan lagi kepercayaanya yang kebarangkalian mimpi itu menjdi nyata tetap ada.



Cerita Terkait Lainnya ....

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism