Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 2 )
Kali ini, tentunya berbeza. Zara yakin, kejutan menunggunya. Tentu kedatangannya dinanti. Tentu kemunculannya dirai.
Kali ini, tentunya berbeza. Zara yakin, kejutan menunggunya. Tentu kedatangannya dinanti. Tentu kemunculannya dirai.
Sampai sahaja di perkarangan sekolah, Zara rasa hendak menangis. Oh, terharu rasa hatiapabila melihat suasana begitu. Sungguh, kenyataan lebih hebat daripada khayalannya.. Semakin kembang hati Zara. Tidak syak lagi! Menjadi puteri raja memang menyeronokkan.
Semua pelajar menunggu ketibaannya.
Lagu Dancing Queen nyanyian ABBA bergema menyambut kemunculannya.
You are the dancing queen,
Young and sweet, only seventeen
Dancing queen,
Feel the beat from the tambourin,
You can dance, you can jive,
Having the time of your live,
See that girl, watch that scene,
Diggin’ the dancing queen,
Zara keluar dari kereta, melambai kea rah semua yang menjerit-jerit memanggil namanya.
“Puteri Zara!”
“Puteri Zara!”
“Oh, cantiknya! Alangkah bagusnya saya dapat jadi tuan puteri!”
“Puteri Zaralah idola saya!”
“Saya mahu jadi seperti Puteri Zara!”
Bermacam-macam jeritan dapat didengar. Suasana riuh-rendah, diselang lagu bergema dengan jeritan para pelajar. Histeria? Oh, rasa gembira meluap-luap. Zara tidak mampu menyembunyikan keseronokan apabila dipuja dan digilai ramai.
Mujur Zara memang suka menonton pertandingan ratu cantik. Jadi,dapatlah juga tip member senyuman dan lambaian gaya ratu. Sesekali Zara tersenyum. Dia melambai gaya Puteri Diana. Ya, dia bertekad mahu bersikap mesra dengan rakyat. Zara mahu menjadi puteri raja berjiwa rakyat.
“Bila aku sudah tiada, simpan semua laguku, jangan dilupakan aku….” Tiba-tiba sahaja kedengaran suara yang mengganggu-gugat keamanan dunia. Suara siapakah itu? Oh, sungguh nyaring dan membingitkan! Sumbang. Diikuti pula dengan pukulan dram yang kuat. Sakit kepala Zara dibuatnya.
Zara cam suara itu. Suara siapa lagi sekiranya bukan Munir Bin Isa memang suka menggangu ketenteraman hidup Zara. Tidakkah dia tahu yang Zara sekarang Puteri Raja? Tidakkah dia tahu sebagai puteri raja , Zara sepatutnya dihormatinya? Mengapa pula tiba-tiba suaranya muncul menganggu hari Zara yang sungguh indah ini?
Pandangan Zaraterarah pada lelaki itu. Apa pula si Munir Bin Isa buat dengan set drama di tengah-tengah tapak perhimpunan ini? Okey, Zara tahu, dia cuba mencuri tumpuan yang diberikan kepada Zara. Gila glmor betullah mamat yang sanka dirinya kacak lagi bergaya. Zara cuba tidak mempedulikan gangguan itu. Dia kembali melambai kepada peminatnya. Malangnya tida siapa yang memberikan tumpuan padanya. Semua pelajar sudah berlari-lari menuju kea rah Munir Bin Isa.
“Eh, hendak pergi mana? Marilah bersalaman dengan beta! Beta ini Puteri Zara! Puteri! Anak raja! Marilah bergambar dengan beta! Nanti dapatlah diletakkan di dalam Friendster, Myspace, Facebook! Letak di blog pun okey! Marilah! Jangan lepaskan peluang kemasan ini! Bukan selalu dapat beramah mesra dengan beta!” Zara terjerit-jerit. Bimbang dengan keadaan yang tiba-tiba berubah. Ke mana hilangnya tumpuan mereka? Oh!
Cerita Terkait Lainnya ....
0 comments:
Post a Comment