Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 13 )
Adam memerhati sekitar ruang dalam rumah itu. Kemudian dia memandang Zara. Dia memang berminat mahu merancakkan suasana yang ternyata hambar dan kekok. Bersungguh-sungguh dia mahu berbual. “Ayah awak mana?” Adam dengan selamba bertanya.Encik Muhammad tersedak. Mujur hanya tertelan potongan kecil buah betik. Adam dan Zara memandangnya.
“Papa okey?” tanya Adam.
Encik Muhammad mengangguk. Dicapai gelas berisi air suam.
“awak belum menjawab soalan saya.” Adam kembali memandang Zara.
Bulat mata Zara. Macam mana ya hendak menjawab soalan itu?
“Tak ada.”
“Tak ada? Pergi mana?”
“Awak dah berapa lama pindah ke sini?”
“Esok genap tujuh hari.” Adam tersengih.
“Dalam tempoh ini, awak pernah nampak ada lelaki yang sesuai dipangil papa keluar masuk rumah ini?”
Adam menggeleng”sebab itu saya tanya. Manalah tahu ayah awak outstation.”
Zara tersenyum kelat. Prihatin sungguh Adam.
“Ayah saya sudah tiada.”
“Tiada?”
“Dia dah lama meninggal dunia.” Laju sahaja kata-kata itu meluncur dari bibir Zara.
Tersembur keluar air dari mulut Encik Muhammad. Adam dan Zara memandang pelik.
“Pakcik okey?Sekejap saya ambilkan tuala. Habis basah baju pakcik. Nasib baik air suam sahaja.”
“Tandas di mana?”
“Sebelah dapur.”
“Mari makan.” Puan Kamilia muncul ketika Encik Muhammad baru dua langkah ke hadapan.
“Saya hendak ke tandas.”
“Oh, mari sya tunjukkan.”Puan Kamilia memandang Zara. “Zara, bawa Adam ke meja makan.”
“Adam bersin sebaik sahaja duduk di kerusi meja makan. Bersin tanpa henti.
“Jangan hidangkan jus oren.” Suaranya sedikit keras, diselang bersin beberapa kali.
Mak Da terpinga-pinga. Zara juga.
“Awak mengapa?”
“Dia alergi dengan buah oren.” Encik Muhammad menjelaskan.
“Yakah?Mak Cik minta maaf. Mak Cik tak tahu.” Pantas PUan Kamilia menyuruh Mak Da membawa jag berisi jus oren ke dapur.
“Mak cik minta maaf, ya. Mak cik betul-betul tak tahu.” Bagi Zara, rasa bersalah yang ditunjukkannya melampau. Tidak perlulah berulang kali meminta maaf. Memang logic mama tidak tahu memandangkan sebelum ini mereka saling tidak mengenali.
“Tidak mengapa. Sedikit sahaja.” Encik Muhammad menenangkan Puan Kamilia yang dipenuhgi rasa bersalah.
“Maaf, saya tidak tahu,” ulang Puan Kamilia.
Zara terus memerhati mamanya. Biar betul? Mama hamper menangis? Mengapa perlu rasa bersalah hingga tahap itu? Sungguh, Zara tidak nampak di mana logiknya mama mahu menangis kerana insiden kecil itu. Dalam hati, Zara mengeluh. Rasa terlalu panjang perjalanan bagi makan malam pada malam itu. Aduhai… perutnya sudah lama berbunyi.
Mak Da muncul semula. Kali ini membawa jag berisi jus tembikai. Mujur petang tadi Puan Kamilia tergerak hati mahu menyediakan dua jenis jus.
Akhirnya, sesi makan malam bermula juga. Semua sudah sedia menjamah. Encik Muhammad membaca doa makan.
“Mak Da tidak makan sekali?” tanya Zara apabila melihat Mak Da menuju ke dapur. Pelik melihat Mak Da seperti takut-takut dan tunduk hormat sepanjang masa. Tunduk pada siapa? Hormat pada siapa? Rasa seperti terlalu formal pula.
Memanglah Mak Da pengasuh merangkap pembantu rumah. Tetapi Mak Da sudah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Sudah menjadi rutin Mak Da makan bersama Puan Kamilia dan Zara. Sarapan pagi, makan tengah haroi ataupun makan malam. Cuma malam itu Mak Da kelihatan pelik.
“Tidak apalah, kamu makan dulu. Nanti Mak Da makan.”
“Mengapa pula? Macam tak biasa pula.”
“Ada tetamu,” Mak Da separuh berbisik.
“Mak Da makanlah sekali dengan kami,”Puan KAmilia menyampuk.
Mak DA semakin serba salah. Matanya memandang Encik Muhammad. Encik Muhammad tersenyum memandang Mak Dad an kepalanya terangguk sedikit. Mak Da mengganguk lalu menarik kerusi. Duduk menyertai yang lain. Zara secara tidak sengaja terpandang situasi itu. Dia menggaru kepala. Pelik.
“Jemputlah makan, jangan malu-malu.” Puan Kamilia tersenyum memandang Adam.
Budak lelaki itu hanya tersenyum nipis seraya menganggukkan sedikit kepala. Matanya meliar memandang hidangan yang meriah di atas meja.Bermacam-macam hidangan yang memang menyelerakan bagi orang yang hobinya makn dan makan. Ada ikan kerapu masak masam-masam manis, udang sederhana besar goring kunyit, ikan keli masak lemak cilia pi, sayur campur, kalian ikan masin, tomyam sotong. Pendek kata, memang rambang mata dibuatnya.
Cerita Terkait Lainnya ....
0 comments:
Post a Comment