AD (728x90)

Saturday, March 28, 2015

Puteri Zara - Episode 12

Share it Please
Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 12 )
Zara memandang tetamu di hadapannya. Debaran yang dirasakan tadi sudah hilang, namun rasa bosan menjengah hatinya.. Tidak ada orang lainkah? Perlukah mama menjemput mereka? Zara terkenang perbualan dengan mamanya dahulu. Tidak sangka pula mama serius. Ingatkan main-main sahaja. Rupa-rupanya, memang mama bersungguh-sungguh mahu menjemput jiran baru mereka makan malam di rumah sabagi sesi perkenalan. Hairan dan sedikit kagum Zara dibuatnya. Sejak bila mama berminat bergaul. Mesra dengan jiran tetangga?

Mama yang Zara kenal adalah seorang yang buat hal sendiri. Malah sikap itu yang diwarisi Zara. Ya. Sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu, mereka jarang menghadiri majlis-majlis yang diadakan di situ. Sekali-sekala ada juga. Itupun apabila ada majlis yang betul-betul penting seperti kenduri arwah ataupun majlis perkahwinan. Pada masa lain, kehidupan keluarga kecil itu seperti hadup dalam dunia sendiri.

Sementara Puan Kamilia dan Mak Da menyiapkan hidangan di meja makan, tetamu dihidangkan dengan buah-buahan di ruang tamu. Zara ditugaskan menemani mereka. Kekok Zara dibuatnya.
Zara memandang Adam. Kemudian papa Adam, Encik Muhammad Kemudia televisyen di hadapannya. Siaran berita. Zara berkira-kira. Sekarang baru pukul 8.o6 malam. Mungkin makan malam bermula pukul 8.12. Mengharapkan tetamu pulang pukul 8.3o malam adalah harapan yang 99.9 peratus mustahil. Paling tidak pun, tetamu pulang selepas 4o minit 1 jam kemudian.

Televisyen di rumah itu hanya sebuah. Puas dipujuk mama membeli sebuah lagi bagi diletakkan di ruang atas ataupun lebih mudah di dalam biliknya sahaja. Kata mama masih jelas dalam ingatannya. Jangan mimpi!
Drama bersiri Korea kegemarannya bermula pukul 8:3o malam. Hmm…maksudnya? Membiarkan mama dan Mak Da melayan tetamu dan dia melayan diri menonton televisyen bererti mengundang jelingan maut mama. Juga akan memalapkan harapannya mahu mama membelikan box set ceritaitu.

Hendak menonton secara online, lupakan sahaja.Silap hari bulan, Internet rumah itu dipotong dan penggunaan komputer Zara akan dipantau. Zara sangat memahami mamanya. Walaupun sporting, tetapi mama bertegas dalam sesetengah perkakara.Katanya, dia tidak mahu Zara leka. Yalah. Cubaan kali pertama memang menyeronokkan. Kali kedua, kali ketiga dan akhirnya menjadi kebiasaan yang sukar ditinggalkan. Jadi, Puan Kamilia tidak mahu Zara ketagih menonton drama-drama secara online sehingga menjejaskan tumpuan pada pelajaran.

Mujur Ugly Betty bermula pukul 9:3o malam. Sekurang-kurangnya, pelung dia menonton siri itu lebih cerah!
“Awak memang pakai jubah seluar apabila mahu makan malam ya?” Soalan yang tidak relevan. Zara membuat muka bosan merenung Adam. Sekiranya ya pun tidak ada idea, perlukah soalan itu ditanya?
“Oh, awak pakai begini sebab ada tetamu.”Adam menjawab sendiri apabila Zara hanya memandangnya dengan mimic muka tiada perasaan.
“Pakcik, jemputlah makan buah ini.”Zara anggap itu cara dia berbahasa. Yalah, mama pesan dupaya dia bersopan.

Cerita Terkait Lainnya ....

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism