Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 14 )
Masaalahnya, Adam orang yang cerewet serta sangat menitikberatkan soal makanan. Diringkaskan, Adam tidaklah begitu teruja melihat hidangan yang ditawarkan oleh tuan rumah. Tekaknya pada masa itu teringin hendak makan salad dansup sayur sahaja. Ada ikan kukus pun sedap. Senang cakap, Adam sebagai lelaki yang mementingkan kesihatan kurang berminat dengan makanan berminyak.“Salad ada?” Adam tersenyum.
“Salad? Ada, sekejap ya mama ambil.”
“Mama?” Zara terjerit.
“Eh, makcik. Tersasul pula. Rasa seperti bercakap dengan Zara pula.” Puan Kamilia tersenyum sebelum bangkit menuju ke dapur.
“Tapi, salad itu saya punya,” Zara menyampuk. Tidak puas hati. Banyak ragam pula tetamu ini. Sudah datang rumah orang, makan sahajalah apa-apa yang dihidangkan!
“Banyak lagi salad itu. Bukannya habis puan Adam makan.” Puan Kamilia bersuara serayamenjeling Zara.
Zara muncung. Semakin menyampah dia dengan Adam.
“Tidak mengapa. Tidak perlu ambil salad itu..” Encik Muhammad bersuara. Puan Kamilia serba salah.
“Adam, makan sahaja apa yang ada. Banyak lauk ni. Tentu sedap semuanya.” Mendatar Encik Muhammad menegur. “Tidak perlu dilayan permintaan Adam. Sudah ada sayur campur, hendak salad pula.”
“Tetapi diet saya?”
“Sekali-sekali, takkan gemuknya! Tak sempat puan tahap kolestrol kamu naik.”
Adam tanpa banyak ragam lagi aku oada arahan papanya. Tangannya mula mencedok lauk. Zara tersenyum puas.
Zara mengeluh. Sudah makan malam, mahu duduk berbual di ruang tamu pula? Musykil Zara dibuatnya. Hampir pukul 9:15 malam tetapi tidak ada tanda-tanda tetamu mahu pulang. Malah, Mak Da menghidangkan kopi.
Ikutkan hati Zara mahu naik ke biliknya. Malas mahu mahu berada di ruang tamu tetapijelingan Puan Kamilia membantut hajatnya. Dalam keadaan separuh hati, Zara duduk juga bersama mereka.
“Zara bersekolah di mana?”
“Sekolah Seksyen 3.”
“Adam puan nanti sekolah di situ.”
“Oh….” Zara tidak berminat mahu tahu.
“Mungkin sekelas maklumlah kamu sebaya,” tambah Puan Kamilia.
“Baguslah, dapatlah kamu berkawan. Bukan apa, kami baru pindah, jadi Adam tidak ada kawan di sini.”
“Zara pun bukannya adaramai kawan. Asyik berkurung dirumah. Paling tidak pun, merayap dengan skuter dia.” Puan Kamilia mungkin terlupa, didkannya yang membuatkan Zara terbiasa tidak ada kawan.
Bukankah sejak kecil Puan Kamilia mengawal pergaulan Zara?
“Zara pandai bawa skuter? Jadi, kamu ke sekolah menaiki skuter?”
Zara terus merenung jam di dinding.Kurang menumpukan perhatian kepada perbualan orang tua. Adam juga kelihatan bosan. Asyik menjengah ke luar.
“Kamu mengapa?” Encik Muhammad menegur Adam.
“Saya rasa mungkin D-Raja mengiau, mungkin lapar. Sebelum tidur , dia minum susu.
“Awal lagi.” Encik Muhammad member isyarat supaya Adam tidak lagi sibuk menjengah.
“Adam ada bela kucing?”
“Ya, kucing jantan. D-Raja sesuai dengan statusnya.”Adam tersenyum.
“Zara pandai bawa skuter? Jadi, kamu ke sekolah menaiki skuter?”
Zara terus merenung jam di dinding.Kurang menumpukan perhatian kepada perbualan orang tua. Adam juga kelihatan bosan. Asyik menjengah ke luar.
“Kamu mengapa?” Encik Muhammad menegur Adam.
“Saya rasa mungkin D-Raja mengiau, mungkin lapar. Sebelum tidur , dia minum susu.
“Awal lagi.” Encik Muhammad member isyarat supaya Adam tidak lagi sibuk menjengah.
“Adam ada bela kucing?”
“Ya, kucing jantan. D-Raja sesuai dengan statusnya.”Adam tersenyum.
“Status?” Zara menyampuk.
“Err…kucing jantan yang kecak dan bujang.”
“Heh?” Zara tidak nampak kaitannya. Tetapi dia malas bahu bertanya lebih lanjut. Malas mahu memberi peluang Adam merapu.
“Rasanya eloklah kami balik dulu.”
“Eloklah tu.” Semua mata tertumpu pada Zara. Alamak! Terlepas pula. Mata Puan Kamilia sudah terjegil.
“Maksud saya, eloklah sebab Adam kelihatan risau. Elok pergi tengok D-Raja, manalah tahu sudah nazak kebuluran.” Zara tersenyum.
“Tidaklah sampai kebuluran!” Adam membalas seraya menjeling Zara.
Encik Muhammad bangun. Tersenyum seketika memandang Zara. “Lupa pak cik nak kata, kamu kelihatan cantik berjubah coklat. Warna ini memang sesuai dengan kamu.” Kata-kata Encik Muhammad yang tidak disangka-sangka itu membutkan hidung Zara kembang. Yalah, tidak sia-sia dia berjubah.
Nampaknya pilihan mama memang tepat!
“Ada masa, Zara datanglah rumah pakcik. Berkawan dengan Adam.” Ajakan yang pada Zara sukar dipenuhinya. Zara hanya tersenyum sopan tetapi senyumannya hilang apabila matanya bertentang dengan Adam.
Berkawan dengan Adam? Ish… tolonglah!
Malam itu, ketika Zara sedang bebaring sambil mengulang membaca novel kegemarannya, Dunia Ini Sederhana Kecil, Puan Kamilia masuk ke biliknya. Biasa, mereka sering berbual dari hati ke hati. Hubungan mereka memang rapat. Bagi Zara, Puan Kamilia bukan sahaja ibu tetapi kawan yang berkongsi banyak perkara.
“Ada masa, Zara datanglah rumah pakcik. Berkawan dengan Adam.” Ajakan yang pada Zara sukar dipenuhinya. Zara hanya tersenyum sopan tetapi senyumannya hilang apabila matanya bertentang dengan Adam.
Berkawan dengan Adam? Ish… tolonglah!
Malam itu, ketika Zara sedang bebaring sambil mengulang membaca novel kegemarannya, Dunia Ini Sederhana Kecil, Puan Kamilia masuk ke biliknya. Biasa, mereka sering berbual dari hati ke hati. Hubungan mereka memang rapat. Bagi Zara, Puan Kamilia bukan sahaja ibu tetapi kawan yang berkongsi banyak perkara.
“Apa pandangna kamu?” Puan Kamilia duduk di sisi Zara. Zara yang mulanya baring, menukar posisi. Mereka sama-sama duduk melunjur kaki.
“Pandangan fasal apa?”
“Jiran baru kita.”
“Okeylah.” Zara malas mahu mengulas lanjut. Dia tahu mamanya cukup berkenan dengan jiran baru mereka. Malangnya, dia tidak memiliki rasa yang sama.
“Mama rasa Adam budak baik dan bersopan. Kelihatan pintar juga. Kamu patut berkawan dengan dia.”
Zara hanya diam, Oh, sejak bila mama beria-ia mahu dia berkawan? Semasa kecil, mama terlalu melindunginya. Tidak membenarkan dia rapat dengan sesiapa pun. Kemudian, apabila dia tingkatan satu, pernah juga mama menyuruhnyamencari kawan rapat, termasuk mengenalkan dia dengan anak jiran yang selang tiga buah rumah dari rumah mereka. Malangnya, Zara tidak berminat. Baginya gadis itu terlalu lemah lembut dan bersopan. Berbeza dengan Zara yang kasar. Lagi pula,mereka tidak memiliki topic yang sama. Akhirnya, Puan Kamilia membiarkan sahaja Zara dengan sikapnya yang tidak ramai kawan. Apatah lagi, sia sendiri begitu. Bukannya ada ramai kawan.
“Mengapa mama beria-ia?”
“Mama cuma rasa merekaorang baik-baik.”
“Mama suka Pakcik Muhammad?”
Puan Kamilia ketawa. Zara rasa ada yang tidak kena pada ketawa mamanya itu. Seperti mahu menyembunyikan sesuatu.
“Mama suruh kamu berkawan dengan anaknya, lain pula yang kamu sangkakan.”
Zara menghembus nafas. “Saya rasa dia berlagak. Saya malas mahu berkawan dengan dia.”
“Ataupun kamu yang berlagak?”
“Bagaimana rasanya mahu ke tingkatan empat?” Puan Kamilia menukar tajuk.
“Biasa sahaja.”
“Walaupun ramai yang kata tingkatan empat tahun bulan madu, tetapi jangan leka.”
“Mama, anak mama ini pintar. Mama jangan risau.”
Puan Kamilia tersenyum. “Ya, anak mama memang genius. Malas belajar pun selallu cemerlang.”
Zara tersengih. Genius itu tidaklah, cuma mungkin kerana dia sangat focus semasa guru mengajar, maka dia masih dapat skor waaupun tidaklah rajin mengulang kaji pelajaran.
“Nanti, kamu berkawanlah dengan Adam. Dia tentu kekok berada di tempat baru.” Perbualan mereka kembali pada Adam.
“Belum tentu kami sekelas. Lagipun, lama-lama dia tentu dapat banyak kawan.” Zara tidak rasa Adam berminat berkawan dengannya. Zara sangat yakin yang mereka tidak ditakdirkan menjadi kawan.
Cerita Terkait Lainnya ....
0 comments:
Post a Comment