AD (728x90)

Saturday, March 28, 2015

Puteri Zara - Episode 11

Share it Please
Selamat datang dan terima kasih telah berkunjung di blog kami. Inilah Kumpulan, cerita knk2, kisah dan tauladan, cerita dongeng kanak2,cerita kanak-kanak, cerita motivasi kanak kanaktentang janji, kisah dongeng kanak-kanak, 1001 kisah, buku cerita kanak kanak pendek, cerita bermoral, cerita binatang untuk kanak-kanak. Inilah Kisah, Cerita Teladan baru untuk anak-anak : (*Puteri Zara - Episode 11 )
Zara kehairanan melihat kesibukan mama dan Mak Da di dapur. Memasak pelbagai jenis hidangan.
“Ada orang hendak datang?”
Puan Kamilia berpaling. “Kamu tolong mama potong buah tembikai susu dan betik ini. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nanti sebelum makan malam, bolehlah kita makan.”
Zara menurut sahaja. Sambil tangannya memotong tembikai susu menjadi empat, sesekali dia menjeling mama yang kelihatan kalut.

“Mama, siapa yang hendak datang?”
“Selepas potong buah,kamu tolong mesin buah oren ya. Buat jus.”
“Mama, siapa yang hendak datang?” Zara menguatkan suara. Mungkin mamanya tidak dengar.
“Mak Da tolong hulurkan udang.”Puan Kamilia memang kelihatan sibuk. Tidak menang tangan.
Geram pula Zara dibuatnya apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan.
“Mak Da, siapa yang hendak datang?” Zara mencuba nasib dengan mak Da pula. Sungguh, keadaan di dapur petang itu luar biasa. Separti hendak mengadakan kenduri pula. Kenduri apa? Rumah terbuka? Mama jarang menganjurkan rumah terbuka. Hari raya pun biasa-biasa sahaja.

Mak Da berpaling, tersenyum memandang Zara.”Nanti kamu tengoklah sendiri.”
Amboi, hendak berahsia pula. Ish… adakah Puan Kamilia mahu mengenalkan teman lelakinya kepada Zara? Tiba-tiba sahaja Zara terfikir, tidak mustahil itulah kejutan yang menantinya. Melihatkan gaya mama yang serba kalut, Kebarangkaliannya sanagt tinggi. Tetapi, seingat Zara, tidak pernah pula mama bercerita fasal lelaki dalam hidupnya. Tidak pernah pula mama membayangkan yang dia mahu berkahwin semula. Ataupun mungkin mama menungu saat yang sesuai bagi memberitahu Zara? Malam ini adalah saat itu? Mungkin begitu? Tiba-tiba degupan Zara terasa sangat pantas. Seram sejuk dia dibuatnya.

Selesai memotong tembikai susu dan betik, Zara duduk memerhati kesibukan Puan Kamilia dan Mak Da.
“Kamu sudah buat jus?”
“Alamak!”
“Ish kamu ni!”
Zara segera memesin buah oren seperti yang diarah. Sesekali dia memandang mamanya lagi.
Semasa memasukkan jag berisi buah oren ke dalam peti sejuk, suara mamanya member arahan bergema, “Kamu pergi mandi, sekejap lagi maghrib, terus solat. Pakai baju yang mama sudah gantung di bilik kamu.”

Arahan Puan Kamilia membuatkan Zara semakin kehairanan. Perasaan mahu tahu meluap-luyap dalam dirinya. Oh, siapakah tetamu VVIP yang mahu bertandang ke rumahnya hinggakan dia perlu berdandan rapi?
Dia melangkah ke ruang atas dengan tanda tanya tanpa jawapan. Mengapa mendadak?Selamai ini tidak pula mama member petunjuk ada perkara penting akan berlaku?

Zara merenung baju yang tergantung di almari biliknya. Jubah seluar berwarna coklat cair itu adalah baju hari raya Aidiladha yang lalu. Dia memakainya semasa ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya. Sekali itu sahaja dipakainya. Dia perlu memakai jubah itu bagi makan malam di rumahnya sendiri? Selalunya dia memakai baju tidur sahaja. Tidak perlu berdandan rapi pun. Ini siap dengan tudung. Mujur Puan Kamilia tidak suruh dia bersolek. Hmm… memang ada yang tidak kena.

“Zara, kamu buat apa lagi termenung di situ?” Puan Kamilia menjenguk.
“Mama, siapa tetamu penting itu?”
Puan Kamilia tersenyum.. “Nanti apabila dia datang, mama kenalkan.”
“Mama nak kahwin ya?” Laju sahaja Zara bertanya.
“Ish… ke situ pula kamu. Sudahlah, pergi mandi.” Puan Kamilia menghilang di sebalik daun pintu.
Zara mengeluh. Sekiranya bukan teman lelaki Puan Kamilia, siapa?

Cerita Terkait Lainnya ....

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism