Bila melihat puteri itu jatuh ke lantai, wanita tua itu menjerit memanggil pengawal istana. Pengawal istana segera datang.Raja dan permaisuri segera diberitahu . Mereka bergegas naik ke menara. Raja terkejut melihat puterinya yang terbaring diatas lantai itu. Kata-kata pari-pari tua tujuh belas tahun yang lalu terbayang di dalam kepalanya.
Dengan rasa yang sangat sedih raja memerintahkan dayang-dayangnya meletakkan puteri itu di atas katil yang diperbuat daripada emas. Katilnya dihias indah. Dia juga memerintahkan supaya puteri itu ditinggalkan sendirian.
Permaisuri merayu supaya raja memanggil pari-pari ketujuh itu supaya membantu. Pari-pari yang baik hati itudatang ke istana. Bila melihat puteri itu terbaring sendirian di atas katilnya dia pun berfikir;”Adalah lebih baik jika aku tidurkan semua orang dan binatang di dalam istana ini selama seratus tahun. Bila puteri itu terjaga kembali dia tidak akan merasa keseorangan.”
Pari-pari itu mengguna tongkat saktinya lalu menidurkan semua orang dan binatang yang ada di dalam istana. Semuanya tertidur dengan nyenyak di tempat masing-masing. Semasa pari-pari itu meninggalkan istana, dia telah menyentuh tongkat saktinya pada pokok-pokok di sekeliling istana. Pokok-pokok itu pun tumbuh dan membesar dengan cepat lalu melindungi istana itu. Untuk masuk ke istana sangat sukar kerana pokok-pokok itu terlalu besar dan banyak.
Tahun terus beredar. Telah ramai anak muda yang cuba masuk ke dalam hutan dan pergi ke istana itu tapi tidak berjaya. Pada suatu hari seorang putera raja telah melintas di dalam hutan berdekatan dengan istana itu.
Bila dia melihat menara istana yang tinggi itu hatinya begitu tertarik sekali. Tidak jauh dari situ dia melihat seorang tukang kayu. Dari orang tua itu dia mendapat tahu cerita mengenai puteri yang tidur di dalamnya selama seratus tahun. “Tapi tiada sesiapa pun yang berjaya masuk ke istana itu,” kata lelaki tua itu lagi.
Berambung Bhagian 5
0 comments:
Post a Comment