Pada keesokan paginya, raja telah memerintahkan semua alat penenun dan jarum di dalam istana dan di negeri itu dimusnahkan. Masa berlalu dengan cepat. Puteri itu kini telah berusia tujuh belas tahun. Sumpahan yang menakutkan itu semakin dilupakan oleh raja dan permaisuri. Puteri itu tidak pernah tahu akan sumpahan yang dikenakan kepadanya.
Puteri itu sangat cantik rupanya, periang dan sentiasa menyenangkan hati kedua orang tuanya.
Musim panas pun tiba. Pada suatu hari yang cerah raja dan permaisuri membawa puteri mereka berehat di sebuah istana yang terletak dihujung negeri.
“Kita akan berehat selama beberapa hari di istana itu,” kata raja memberitahu puterinya.
Puteri merasa sangat gembira. Istana cantik bentuknya dan mempunyai menara yang sangat tinggi. Lalu pada suatu hari puteri itu memanjat tangga untuk naik ke menara itu. Ketika dia sampai di puncak menara itu dia lihat sebuah bilik kecil. Dia terkejut kerana mendapati ada seorang wanita tua yang sedang menenun benang.
“Apa nenek buat di sini?” Tanya puteri itu dengan penuh sopan-santun. “Dan apakah alat ini? Tidak pernah
saya melihatnya sebelum ini!” tanya puteri itu kehairanan melihat alat penenun itu.
“Ini adalah alat penenun cucu. Aku sedang menenun benang menjadi kain,” jawab wanita tua itu.
“Oh, begitu. Bolehkah saya mencuba menenun nenek?” Tanya puteri yang tertarik melihat alat penenun itu.
Puteri itu duduk di sebelah mesin penenun itu. Dia ingin mencuba menenun. Wanita tua itu lalu berkata, “Selama empat puluh tahun aku tinggal di istana ini dan orang sudah pun melupakan aku. Aku akan mengakhiri hidupku yang kesepian ini!”. Wanita tua itu memegang jarum lalu mencucuknya di jari puteri itu. Sebaik sahaja jarinya tercucuk jarum dia pun jatuh ke lantai.
Bersambung Bhagian 4
0 comments:
Post a Comment