AD (728x90)

Monday, March 23, 2015

Kisah Teladan Haiwan ~ Rusa yang Bongkak

Share it Please
Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak.  
Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya.
Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.   

”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya.  
Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. 
”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku.
Aku mahu kakiku cantik juga.  
Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak.  Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu.  Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah.  Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu.  Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.  Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri.  Namun, tanduknya patahnya sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir.  Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.  Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna.  Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik.  

Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism