AD (728x90)

Saturday, March 28, 2015

Inilah cerita dongeng melayu - PUTERI BERADU Bhagian 1

Share it Please
PUTERI BERADU Bhagian 1
Pada zaman dahulu ada seorang permaisuri dan seorang raja. Raja dan permaisuri itu susah hati kerana tidak dikurniakan seorang putera pun. Raja itu sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan seorang anak. Tidak lama kemudian permaisuri pun hamil. 

Setelah cukup masanya, permaisuri pun melahirkan seorang puteri yang sangat cantik jelita. Mereka sangat gembira. Pada hari kelahiran puterinya itu raja telah mengadakan jamuan besar-besaran.

Semua orang-orang penting dijemput hadir. Di atas permintaan permaisuri, raja juga menjemput tujuh orang pari-pari yang menjadi pengasuh kepada puteri mereka. 

Pada hari jamuan itu diadakan semua tetamu memberikan hadiah kepada puteri. Selepas jamuan itu selesai, ketujuh orang pari-pari itu diiringi masuk ke istana.

Di sana mereka duduk mengelilingi meja. Di depan mereka diletakkan pinggan mangkuk emas, pisau, garfu serta batu-batu permata.

Pari-pari itu mula memberikan hadiah istimewa mereka untuk puteri yang masih kecil itu. “Dia akan menjadi puteri yang paling cantik di negeri ini,” kata pari-pari yang pertama. “Bila dia menyanyi suaranya merdu dan membuat semua orang merasa gembira.” Kata pari-pari yang lain.

“Kecantikannya seperti bidadari turun dari syurga,” kata pari-pari yang ketiga.

Bersambung Bhagian 2

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

© 2013 Tulisan Berkesan. All rights resevered. Designed by Templateism